Thursday, November 6, 2008

KAMI & ...

Pada satu hari yang mulia lagi indah, selepas selesai KAMI mendengar ceramah di Surau An-Nur, Syelly bukan nama sebenar telah disergah oleh roomate-nya, Tiara.
Tiara : Syelly!! Cepat-cepat! Nasi lemak koop! nanti habis.. kumpunan seminggu... GO! GO!
Syelly : Baiklah! Go go gadget go!
Syelly pun berlari dengan velocity-nya 100m/s! Nur Wahidah @ Wawa yang melihat kejadian itu, dengan terpinga-pinga mengejar Syelly dari belakang dengan constant velocity, 50m/s. (jangan lupa untuk imagine mimik muka Wawa). Saya, Lena (nama yang diambil kerana kesukaannya ketiduran) dan Nina (gadis ala-ala Azizah dalam Tok Perak) hanya tergelak menyaksikan telatah dan gelagat mereka yang agak melucukan itu. Kami bereeampat berjalan dengan penuh lemah-gemalai untuk pergi ke koop (padahal ramai gle orang..tak leh nak cepat pun..). Sesampainya kami ke satu sudut yang membolehkan kami melirik koop itu sendiri, kami menyaksikan lautan kaum hawa memenuhi setiap bucu dan angle koop tersebut. Kami berjalan sedikit demi sedikit, setapak demi setapak menghampiri koop. Tiara, Lena dan Nina tidak sanggup untuk merempuh lautan kaum hawa dan hanya menunggu Syelly dan Wawa di luar koop. Manakala, saya pula mengintai perlakuan kaum-kaum hawa dari di tingkap koop.
Satu situasi yang mencuit hati dan jiwa (kacau) saya. HAHA!! (belum cerita, tapi dah gelak). Saya melihat penjualan nasi lemak koop sangat memberangsangkan. Dalam masa 2minit, nasi lemak sudah habis dijual! (hebat tak??? sian laki..tak dapat beli..) Dalam ramai-ramai gadis-gadis di situ, saya ternampak kelibat 2 kelibat manusia yang macam saya pernah lihat. Rupa-rupanya, Syelly dan Wawa!! Syelly yang sedang menggendong 6 bungkus nasi lemak (macam dukung baby lak) dengan menunjukkan air muka yang semangat dan tak sabar nak makan..! Wawa di belakang Syelly seolah-olah sedang menjaga Syelly dan nasi lemak-nasi lemak KAMI. Mimik muka Wawa jelas menunjukkan bahawa Wawa sedang bermonolog dalaman, "Syelly, jaga nasi lemak tu! Jangan lepaskannya kepada kaum wanita yang lain! tidak..!" sambil mendepakan tangannya membentuk paksi 180 darjah atau 'pai' radian.
Pada malam tersebut, KAMI melepak di bilik Wawa sehingga pukul 12.30 pagi(kot)...bercerita tentang kehidupan seharian yang melanda KAMI di KMB..namun, nasib KAMI baik kerana keesokkan harinya KAMI dapat bangun awal untuk ke kelas..

No comments: