"if you can't think with your brain, think with your heart. if you still can't, that means you are DUMB & Heartless." -illyasyaheera-
Wednesday, June 11, 2008
cut five : "minah ringan-ringan"
HARIAN METRO, Rabu 21 November 2007 - Saya amat tertarik dengan tajuk berita di atas yang rencananya menceritakan kehidupan seorang remaja wanita dan juga seorang pelajar kolej swasta iaitu F (tak tau nama betul ke tak) yang didakwa dilanggan lelaki yang kesepian. Yang hairannya, dia tidak mendakwa dirinya sebagai seorang pelacur! Tegasnya, dia hanya sekadar peneman sejati pelanggan-pelanggannya untuk tidur dan tidak akan melibatkan hubungan ranjang. Dia menerangkan lagi, jika hendak melangganinya, lelaki-lelaki terbabit harus menepati tiga syarat yang sudah ditetapkan.
1. boleh memegang tangan
2. boleh mencium ringan
3. boleh tidur tetapi tidak boleh membuat hubungan s**s (berzina)
Walaupun demikian, saya masih bingung memikirkan perihal prinsip gadis ini tadi. Dia sanggup meniduri lelaki-lelaki yang bukan muhrim baginya. Tetapi marah apabila dicap sebagai pelacur!
Bukankah meniduri dan melacurkan diri tetap menghilangkan dara?? Dan lebih dasyat lagi bukankah mencium (tak kiralah mulut ke, pipi ke, kat memanalah), meniduri atau melacur dirinya kepada lelaki yang bukan muhrimnya adalah sama hukumannya?? HARAM disisi agama Islam. Bahkan sekiranya lelaki dan perempuan bersentuhan kulit tanpa lapik juga HARAM. Dan ada ulama mengatakan bahawa bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya adalah lebih jijik daripada khinzir yang berlumpur.! Bayangkanlah....
Persoalannya : Pertama, dimanakah letaknya harga diri dan maruah seorang wanita Muslim? Kedua, bukankah tugas seorang lelaki melindungi wanita dan bukannya merosakkan mereka? Dimana sifat kelelakian pemuda zaman kini?
Renung-renungkanlah...
Kepada pemudi-pemudi tidak kiralah apa bangsa atau agama anda, jagalah kehormatan dan maruah diri anda. Janganlah anda mudah hanyut dengan pujuk rayu dan kata-kata manis seorang lelaki. Berpegang kuat kepada iman dan jangan ikutkan nafsu semata. Kepada pemuda-pemuda, janganlah anda merosakkan hiasan duniawi ini. Tangan yang gagah sepatutnya menjadi pelindung kepada kami dan bukannya menghancurkan kami. Jika kami bersalah, pimpinlah kami ke jalan yang benar.
P/s : Post ni juz nak ingat-ingatkan je... Saya pun bukanlah baik sangat... Tapi saya rasa hal ini dah jadi tanggungjawab saya sebagai seorang untuk ingatkan... Baik untuk saya dan orang lain... Sorry kalau ada yang tersinggung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
huh? wujud ke girl mcm tu yaya?
OMG.. taubat la wei. se gila-gila kite pon, kite stil waras lagi tau. parents girl ni maybe kat kampung, taktau ape anak dara die buat kat bandar.
ishh kesian ble pikir psl mak bapak die. memalukan mak ayah je.
ntah laa...kte pun mengucap panjang gak bila baca paper tadi...tapi kte rase dia org bandar coz bole masuk private college...mintak simpang laa....
ke mana perginya iman lelaki zaman kini? emm, pergi jauh dah kot.. haha.. tp, insya Allah, ada lagi yang elok. ada berlambak lagi kot
yelah!! kalau ada, mane bukti nye??laki same je...
hehe..jgn ambik hati...tapi,belom jumpa yg satu.. (ayat gile jiwang...bluek!)
nk bukti susah le sedari, bukti mane bley suroh orang carikan, tp sendirik mau cari la.. haha
ishh kamu berdua ni.. biase la, manusia ada yang baik ada yg jahat laa.. kte belum jumpe SEMUA org dlm dunia ni lagi.. someday somehow ade la tuuuu.. :)
terima kasih eryn di atas komen anda...
kesedaran yang baik dalam kalangan remaja..
terima kasih muhammad azli syukri..
Ya Allah ya Tuhanku, Kau selamatkanlah umat-Mu yang sentiasa leka dengan hawa nafsu dan godaan dunia yang penuh fana ini. Kau berilah kesedaran kepada mereka yang telah terlanjur. Kau lindungilah kami daripada perkara-perkara mungkar.
amin ya rabbal 'alamin.
(korang, aminkan sekali meh :) )
amin~
amin~~~~
(o_o)
wow.takutnye.hehe.mintak jauh
amin juge~
Post a Comment